Penduduk serbu restoran beri nasi percuma setiap Jumaat
Penduduk serbu restoran beri nasi percuma setiap Jumaat

JAKARTA – Sebuah restoran di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat diserbu beratus-ratus orang pada hari Jumaat bagi mendapatkan makanan percuma, lapor laman berita News Tasikmalaya.
Disediakan oleh pertubuhan kebajikan, Yayasan Si Jum, kedai makan sosial itu diubah menjadi dapur awam.
Menurut ketua yayasan itu, Adilla Utami Dewi, bermula dari pukul 12 tengah hari (waktu tempatan), orang ramai mula memenuhi kedai dan membuat barisan yang panjang.
Katanya, ia dipenuhi dengan kaum wanita dan kanak-kanak selain golongan lelaki yang datang selepas menunaikan solat Jumaat.
Disebabkan bilangan orang yang terlalu ramai, polis setempat akan berkawal di premis itu untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Setiap hari sibuk tetapi hari Jumaat akan dibanjiri ramai orang.
“Dalam satu hari, kami sediakan 500 hingga 600 hidangan makanan, manakala hari biasa iaitu Isnin hingga Khamis, sekitar 250 hingga 300 hidangan,” kata Adilla.
Program Nasi Jumaat (Si Jum) itu sendiri telah berjalan sejak 2018 di mana pada mulanya, ia hanya disediakan setiap hari Jumaat.
Namun, sejak Oktober 2024, premis tersebut dibuka setiap hari bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat.
Yayasan itu diuruskan secara kolaboratif oleh pasukan dan penderma, dengan semangat berkongsi untuk membantu orang lain. – AGENSI
Penduduk serbu restoran beri nasi percuma setiap Jumaat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.