Pemain Liverpool kembali ke kem latihan selepas pemergian Jota
Pemain Liverpool kembali ke kem latihan selepas pemergian Jota

London: Pemain-pemain Liverpool mula kembali ke kelab bagi menjalani latihan pramusim selepas pemergian rakan sepasukan mereka, Diogo Jota.
Kumpulan pertama pemain dijadualkan kembali daripada cuti musim panas pada Jumaat lalu, namun sesi itu ditangguhkan selepas Jota, 28, dan adiknya Andre Silva, 25, maut dalam kemalangan jalan raya.
Jota dalam perjalanan pulang ke Liverpool untuk menyertai latihan pramusim, dan memandangkan dia baru sahaja menjalani pembedahan kecil, doktor menasihatinya agar tidak menaiki kapal terbang.
Dia memilih untuk melakukan perjalanan menggunakan kereta dan feri.
Sekumpulan besar pemain dan pegawai kelab Anfield hadir memberikan penghormatan terakhir kepada penyerang itu dan adiknya pada majlis penghormatan umum di tanah air mereka di Portugal, Jumaat lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Majlis pengebumian berlangsung pada Sabtu di kampung halaman mereka di Gondomar, dengan kapten Liverpool, Virgil van Dijk dan pertahanan Scotland, Andy Robertson, turut membawa jambangan bunga sebagai penghormatan buat Jota dan Andre Silva.
Pengurus pasukan, Arne Slot, turut menyertai delegasi Liverpool. Pasukannya dijadualkan menentang Preston North End dalam aksi pramusim pertama pada Ahad, 13 Julai di Deepdale.
Pemain Liverpool Wanita, Grace Fisk dan Gemma Bonner, turut meletakkan jambangan bunga bagi pihak pasukan wanita Liverpool di luar Stadium Anfield pada Selasa sebagai penghormatan buat Jota dan Andre Silva.
Jota menyertai Liverpool dari Wolverhampton Wanderers pada 2020 dan para peminat turut memberikan penghormatan di Stadium Molineux, rumah bekas kelabnya itu.
Terdapat juga penghormatan buat Jota di akademi bola sepak di Gondomar, tempat dia pernah bermain, yang kini dinamakan sempena namanya.
Sebuah gambar besar yang memaparkan Jota mengenakan jersi Portugal dan jersi kuning kelab kampung halamannya ketika zaman kanak-kanak turut dipamerkan pada dinding luar akademi itu.
Pemain Liverpool kembali ke kem latihan selepas pemergian Jota
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.