Pearly-Thinaah dapat RM1 juta setahun?

Pearly-Thinaah dapat RM1 juta setahun?

Pearly-Thinaah dapat RM1 juta setahun?
KONTRAK Pearly-Thinaah akan dimuktamadkan tidak lama lagi. -FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah difahamkan bakal menerima pakej bayaran sebanyak RM1 juta seorang setahun selepas bersetuju menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Difahamkan, tawaran itu adalah seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis BAM sebelum ini biarpun timbul spekulasi mengatakan gandingan nombor tiga dunia itu meminta bayaran lebih tinggi sehingga rundingan kontrak kedua-duanya berlanjutan.

Bagaimanapun, badan induk itu difahamkan sedia mempertimbangkan kenaikan dalam pakej berkenaan sekiranya Pearly-Thinaah berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tiga kejohanan bermula Terbuka Jepun dari 15 hingga 20 Julai, diikuti Terbuka China dari 22 hingga 27 Julai, sebelum turun beraksi di Kejohanan Dunia di Paris, Perancis dari 25 hingga 31 Ogos depan.

Terdahulu, media melaporkan masa depan Pearly-Thinaah bersama skuad kebangsaan akhirnya terjawab apabila mereka mencapai kata sepakat untuk menandatangani kontrak baharu bersama BAM, sekali gus kekal sehingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Sebelum ini, masa depan mereka menimbulkan tanda tanya selepas belum menandatangani kontrak baharu walaupun kontrak terdahulu sudah tamat pada Disember tahun lalu sekali gus mengundang spekulasi yang mengaitkan Pearly-Thinaah akan bergerak secara profesional.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata isu kontrak Pearly-Thinaah akan diselesaikan sebelum kedua-duanya berlepas ke Jepun.

Dalam empat kejohanan terakhir, Pearly-Thinaah mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Terbuka Thailand, muncul naib juara Terbuka Indonesia, mara ke separuh akhir Masters Malaysia serta suku akhir Terbuka Singapura.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan sebaliknya meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi daripada badan induk itu.

“Tunggulah… presiden (Tengku Zafrul) sudah beritahu bahawa sebelum Terbuka Jepun, ada beberapa hari lagi. Seperti yang presiden beritahu hari itu, perbincangan mereka sangat positif. Itu sahaja yang saya boleh kata.

“Dari pihak BAM, sudah tentu kami mahu yang terbaik. Jadi, kita tunggu dan lihat,” katanya

Pearly-Thinaah dapat RM1 juta setahun?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker