Onana tak laku untuk dijual
Onana tak laku untuk dijual

London: Manchester United mungkin terpaksa terus menyimpan Andre Onana walaupun bersedia menanggung kerugian besar ke atas penjaga gol utama mereka itu.
Pemain antarabangsa Cameroon itu menyertai United dua tahun lalu dari Inter Milan dengan nilai perpindahan £47.2 juta (RM296 juta).
Selepas pernah bekerjasama dengan Erik ten Hag di Ajax, Onana dijangka memainkan peranan penting dalam melaksanakan falsafah pengendali dari Belanda itu di Old Trafford, khususnya dalam permainan membina serangan dari bawah.
Namun realitinya jauh berbeza apabila penjaga gol berusia 29 tahun itu gagal menggantikan David de Gea dengan baik.
Ruben Amorim memberi lampu hijau kepada perpindahan bekas bintang Ajax itu, dengan United meletakkan tanda harga sebanyak £30 juta (RM188 juta).
Difahamkan Monaco menunjukkan minat terhadap pemain itu minggu lalu, namun walaupun mereka akan terus memantau situasi Onana, kelab Ligue 1 itu tidak berhasrat untuk membayar jumlah yang diminta.
Onana turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Pro Saudi, SC Neom, namun pasukan itu menyelesaikan isu penjaga gol mereka dengan mendapatkan Marcin Bulka dari Nice.
United pula dikaitkan dengan usaha mendapatkan penjaga gol Argentina, Emi Martinez, namun perpindahan itu dilihat sukar direalisasikan ketika ini memandangkan kekangan kewangan kelab.
Pemenang Piala Dunia itu dilaporkan mahu meninggalkan Aston Villa, namun dengan nilai perpindahan mencecah £45 juta (RM282 juta), United perlu mencari pilihan lain jika benar mahu membawa masuk penjaga gol baharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Walau apapun pengganti kepada Onana yang kembali ke sesi latihan pramusim pada Isnin masih belum menjadi keutamaan ketika ini.
Onana tak laku untuk dijual
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.