Kartel bekal susu tepung RM120 juta: SPRM siasat tiga dalang

Kartel bekal susu tepung RM120 juta: SPRM siasat tiga dalang

Kartel bekal susu tepung RM120 juta: SPRM siasat tiga dalang

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat tiga individu, dipercayai dalang kartel bekalan susu tepung ke sebuah jabatan kerajaan yang tidak memenuhi piawaian standard bernilai kira-kira RM120 juta.

BH difahamkan, operasi SPRM itu dijalankan secara bersepadu bersama dua agensi, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber berkata, SPRM dan dua agensi berkenaan semalam menyerbu tiga kediaman dan sebuah syarikat di ibu negara, yang disyaki menjadi tempat simpanan pelbagai dokumen.

Serbuan untuk menyita dokumen kontrak bekalan susu tepung dikatakan sejak tahun 2019.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, manakala LHDN pula menyiasat mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kartel bekal susu tepung RM120 juta: SPRM siasat tiga dalang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker