4 lelaki, seorang wanita Vietnam didakwa edar, miliki dadah di Ampang
4 lelaki, seorang wanita Vietnam didakwa edar, miliki dadah di Ampang

KUALA LUMPUR: Empat lelaki dan seorang wanita warga Vietnam didakwa di dua Mahkamah Majistret Ampang, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah di sebuah kondominum, bulan lepas.
Mereka ialah tiga lelaki warga Taiwan, iaitu Lu Jui Tse, 27, Chang Heng Pin, 37, dan Hsu Chia Kuei, 28, seorang wanita Vietnam, Do Thi Thanh Thanh, 20, serta lelaki warga tempatan, Yee Wei Keh, 37.
Di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, empat tertuduh, iaitu Lu, Chang, Yee dan Do didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis kokain dengan anggaran berat 2,767 gram di sebuah kondominum di Jalan Nipah, di sini pada 4.15 petang, 25 Jun lepas.
Di hadapan Majistret Normaizan Rahim, Hsu pula didakwa atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) (anggaran isipadu 140 mililiter) dan kokain (anggaran berat 56 gram) pada 4.35 petang di tempat dan pada tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan maksimum 12 sebatan.
Hsu juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis anggaran berat 40.68 gram di tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama.
Seksyen itu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan penjara maksimum lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga serta tidak lebih sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amirah Zahari dan S Kirthana manakala peguam R Maran dan Farra Emira Amir Firdaus mewakili semua tertuduh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Majistret Amalina dan Normaizan menetapkan masing-masing 22 dan 23 September ini untuk sebutan kes bagi laporan kimia.
Media sebelum ini melaporkan, polis berjaya menumpaskan kegiatan memproses cecair rokok elektronik (vape) mengandungi dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM21.85 juta dalam dua serbuan berasingan di kondominium yang dijadikan makmal haram di sekitar Ampang.
– BERNAMA
4 lelaki, seorang wanita Vietnam didakwa edar, miliki dadah di Ampang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.