Warga emas terlepas tali gantung, dibebaskan pertuduhan bunuh adik ipar

Warga emas terlepas tali gantung, dibebaskan pertuduhan bunuh adik ipar

Warga emas terlepas tali gantung, dibebaskan pertuduhan bunuh adik ipar
– Foto hiasan

PUTRAJAYA: Seorang warga emas hari ini terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan membunuh adik iparnya enam tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hashim Hamzah, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Muhammad Johari Ng Abdullah untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada Januari tahun lalu.

Hashim, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel itu, berkata keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan semasa perbicaraan kes terbabit tidak cukup kukuh bagi mengekalkan sabitan terhadap Muhammad Johari.

“Oleh itu, kami mendapati sabitan adalah tidak selamat… justeru, sabitan dan hukuman diketepikan dan rayuan perayu dibenarkan,” katanya.

Muhammad Johari, yang juga seorang bekas pengawal keselamatan, telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Nor Izzati Ghazali, 26, di sebuah unit di Apartment Villa, Jalan Temenggong 19, Off Jalan Sungai Jati, Klang, Selangor pada 2 petang 19 Februari 2019.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Pada prosiding hari ini, peguam Hafizuddin Salehuddin yang mewakili Muhammad Johari berhujah bahawa hakim perbicaraan gagal mempertimbang kemungkinan terdapat pihak lain terutama adik tiri mangsa yang terbabit dalam pembunuhan itu.

“Tiada kesimpulan kukuh bahawa perayu adalah individu yang telah menyebabkan kematian mangsa. Oleh itu, kami memohon agar mahkamah melepas dan membebaskan beliau,” katanya yang dibantu oleh Hilmi Zawawi.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Faizal@Amrin Noor Hadi berhujah bahawa hakim perbicaraan tidak terkhilaf dalam dapatannya dan memohon agar Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan serta hukuman itu.

Mengikut fakta kes, seorang jiran membuat laporan polis mendakwa Noor Izzati pernah mengadu kepada dia dan isterinya bahawa mangsa telah dipukul serta didera oleh Muhammad Johari.

Bedah siasat mendapati mangsa telah mengalami 24 kecederaan di seluruh tubuhnya.

Warga emas terlepas tali gantung, dibebaskan pertuduhan bunuh adik ipar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker