Wanita terkejut puntianak mengilai di kedai serbaneka

Wanita terkejut puntianak mengilai di kedai serbaneka
Wanita itu terkejut selepas mendengar bunyi puntianak mengilai di dalam kedai serbaneka. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita terkejut apabila mendengar bunyi puntianak mengilai selepas membuat pembayaran di sebuah kedai serbaneka, lapor portal berita INews ID semalam.

Kejadian dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @netizeniseng.

Rakaman memaparkan wanita terbabit sedang mengimbas kod QR untuk membuat pembayaran.

Selepas selesai melakukan transaksi, dia terkejut mendengar suara puntianak mengilai dengan kuat.

Rupa-rupanya, bunyi tersebut merupakan notifikasi untuk memberitahu juruwang bahawa pembayaran telah dilakukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Klip video itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Saya sendiri pun terkejut,” kata seorang netizen. – AGENSI

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker