Ratusan ‘rider’ serang rumah pelanggan

Ratusan ‘rider’ serang rumah pelanggan

Ratusan ‘rider’ serang rumah pelanggan
Kumpulan penghantar makanan menyerbu rumah seorang pelanggan. – Instagram

JAKARTA – Beratus-ratus penghantar makanan menyerbu rumah seorang pelanggan di Sleman, Jogjakarta selepas seorang rakan mereka diherdik dan dipukul ketika menghantar pesanan, lapor laman berita iNews semalam.

Dalam kejadian tersebut, kumpulan penghantar makanan ShopeeFood itu berkumpul di hadapan rumah seorang lelaki sebagai tanda solidariti.

Sebilangan mereka melempar kerusi, malah ada yang merosakkan kereta peronda polis dengan memecahkan cermin hadapan.

Ketua Polis Godean berkata, anggotanya tiba di lokasi kejadian bagi mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.

“Mereka meluahkan rasa tidak berpuas hati kepada pelanggan tersebut dan merosakkan beberapa kemudahan awam termasuk kereta polis,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Ketika kekecohan itu, pelanggan berkenaan akhirnya keluar dari rumah dan memohon maaf secara terbuka di hadapan semua ‘rider’ tersebut.

Dalam kejadian sebelum ini, seorang penghantar makanan perempuan dimarahi pelanggan berkenaan kerana dia terlewat tiba untuk menghantar pesanan.

Meskipun sudah menjelaskan bahawa kelewatan itu berpunca daripada perarakan kebudayaan yang diadakan di tengah jalan, penghantar makanan tersebut dimarahi pelanggan berkenaan.

Dia yang ditemani teman lelakinya turut dipukul oleh pelanggan tersebut ketika pertengkaran berlaku.

Polis masih menyiasat kes itu, termasuk dakwaan menyerang dan merosakkan harta benda awam. – AGENSI

Ratusan ‘rider’ serang rumah pelanggan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker