Pemain ragbi sensasi New Zealand, Nonu cipta sejarah pada usia 43
Pemain ragbi sensasi New Zealand, Nonu cipta sejarah pada usia 43

Toulon: Bekas pemain tengah sensasi New Zealand, Ma’a Nonu, terus mencipta sejarah apabila melanjutkan kontraknya bersama Toulon untuk satu musim lagi, biarpun kini berusia 43 tahun, demikian diumumkan kelab Perancis itu, semalam.
Nonu yang juga pemenang dua kali Piala Dunia menyertai Toulon musim lalu menerusi kontrak jangka pendek dan menjadi pemain paling tua pernah beraksi dalam saingan Top 14 pada bulan Mac lalu.
Legenda All Blacks itu kembali menyarung jersi Toulon awal tahun ini, selepas kali pertama beraksi bersama kelab dari Riviera Perancis itu pada 2015 hingga 2018, sebelum menghabiskan satu lagi musim pendek pada 2020 hingga 2021.
Nonu membuat 103 penampilan antarabangsa bersama New Zealand, dengan aksi terakhirnya adalah pada tahun 2015.
Toulon turut mengumumkan ketibaan tujuh pemain baharu bagi musim hadapan termasuk pemain No.8 England, Zach Mercer; pemain tengah Itali, Juan Ignacio Brex serta bintang muda barisan belakang Perancis, Patrick Tuifua.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Toulon sebelum ini mara ke separuh akhir Top 14 musim lalu namun tewas kepada Bordeaux-Begles yang seterusnya muncul naib juara. Musim baharu saingan Top 14 dijadual bermula 6 September ini.
Pemain ragbi sensasi New Zealand, Nonu cipta sejarah pada usia 43
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.