Modric sah sertai Milan Ogos ini
Modric sah sertai Milan Ogos ini

Milan: Kapten Croatia, Luka Modric, akan menyertai AC Milan dari Real Madrid selepas berakhirnya saingan Piala Dunia Kelab, kata jurulatih Rossoneri, Massimiliano Allegri.
Modric, yang bakal menyambut ulang tahun ke-40 pada September ini, mengumumkan akan meninggalkan Real selepas kontraknya tamat penghujung musim ini, sekali gus mencetus spekulasi perpindahan sejak awal Jun lalu.
“Dia akan tiba pada Ogos,” kata Allegri dalam sidang media pertamanya selepas kembali membimbing Milan.
Modric menyertai Real dari Tottenham pada 2012 dan sejak itu menjadi tonggak utama yang membantu kelab itu meraih pelbagai kejuaraan, termasuk lima gelaran Liga Juara-Juara.
Kepulangan Allegri ke Milan turut mencuri tumpuan selepas beliau membawa kelab itu menjulang kejuaraan Serie A pada 2011 ketika era pertamanya dari 2010 hingga 2014.
Milan akan memulakan musim baharu mereka dengan aksi Piala Itali pada 17 Ogos ini.
Modric sah sertai Milan Ogos ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.