Mbappe tarik balik aduan sivil terhadap PSG

Mbappe tarik balik aduan sivil terhadap PSG

Mbappe tarik balik aduan sivil terhadap PSG
MBAPPE tidak dijemput menyertai jelajah pramusim PSG ke Asia pada 2023 dan terlepas perlawanan pertama musim itu. FOTO AFP

Paris: Kylian Mbappe menarik balik aduannya mengenai gangguan moral terhadap bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG), menurut salah seorang peguamnya kepada AFP, haari ini.

“Kami menarik balik tindakan sivil kami,” kata Pierre-Olivier Sur menjelang perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab antara pasukan Mbappe sekarang, Real Madrid dan PSG, awal pagi Khamis.

Bulan lalu, Pejabat Pendakwaraya Paris mendedahkan siasatan dibuka selepas Mbappe membuat aduan berhubung layanan yang diterimanya daripada PSG pada awal musim 2023-24.

Dia percaya dirinya diketepikan oleh PSG dan dipaksa menjalani latihan bersama pemain yang ingin dilepaskan kelab selepas enggan menandatangani kontrak baharu.

Amalan seperti ini pernah menimpa beberapa pemain lain dan mendorong kesatuan pemain bola sepak Perancis memfailkan aduan tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Mbappe tidak dijemput menyertai jelajah pramusim ke Asia pada 2023 dan terlepas perlawanan pertama musim itu, namun kemudian kembali ke pasukan utama selepas mengadakan perbincangan dengan kelab.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai Real Madrid musim panas lalu selepas tujuh musim bersama PSG.

Dia menjaringkan 256 gol dalam 308 perlawanan untuk kelab Perancis itu, yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama musim lalu selepas pemergiannya.

Kapten Perancis itu kini turut terbabit dalam pertikaian undang-undang dengan PSG untuk menuntut bayaran tertunggak bernilai 55 juta euro (RM273.81 juta) yang dikatakan terdiri daripada gaji dan bonus.

Mbappe tarik balik aduan sivil terhadap PSG

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker