Lelaki disyaki kurang siuman kejar orang awam di stesen MRT ditahan
Lelaki disyaki kurang siuman kejar orang awam di stesen MRT ditahan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dikejar seorang lelaki dipercayai kurang siuman bersenjatakan gunting di Stesen MRT Sungai Buloh, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata suspek berjaya ditahan oleh anggota polis bantuan selepas mendapat aduan daripada seorang wanita pada jam 11.55 malam.
Menurutnya, pengadu yang juga pengguna MRT memaklumkan ayahnya dikejar seorang lelaki tidak dikenali di aras bawah stesen pengangkutan awam terbabit.
“Bertindak atas maklumat itu, pengadu bersama rakan setugas ke lokasi dan ternampak seorang lelaki dalam keadaan meracau berada di tangga stesen.
“Suspek kemudian mengacukan sebilah gunting dan bertindak mengejar orang awam yang berada di stesen berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Beliau berkata, pengadu dan rakan setugas berjaya menahan suspek dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
“Kejadian itu kemudian dilaporkan kepada Balai Polis Sungai Buloh pada jam 12.32 tengah malam tadi oleh seorang anggota polis bantuan berusia 32 tahun yang bertugas di stesen MRT berkenaan.
“Sehubungan itu, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.
“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM100,” katanya.
Mohd Hafiz berkata suspek kini direman selama tiga hari sehingga 9 Julai ini dan kini ditempatkan di sebuah hospital dengan pengawasan untuk siasatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan diminta tampil kepada pihak polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan.
“Maklumat boleh disalurkan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Balai Polis Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Azraai Mohamad Amin di talian 018-969 6941,” katanya.
Lelaki disyaki kurang siuman kejar orang awam di stesen MRT ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.