Jenazah 6 sekeluarga dibawa pulang ke Jerlun untuk dikebumikan

Jenazah 6 sekeluarga dibawa pulang ke Jerlun untuk dikebumikan

Jenazah 6 sekeluarga dibawa pulang ke Jerlun untuk dikebumikan
Suasana di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, di mana ahli keluarga ketika menunggu jenazah enam beranak yang kereta mereka ditemui tenggelam dalam Sungai Korok, Kedah. – Foto NSTP

ALOR SETAR: Jenazah enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam sebuah kereta Proton Iswara di Sungai Korok hari ini dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, malam ini.

Jenazah pasangan suami isteri dan empat anaknya dibawa menaiki lima buah van bergerak dari perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9.25 malam sambil diiringi kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu.

Difahamkan, bayi lelaki berusia enam bulan itu dibawa menaiki sebuah van bersama salah seorang adik beradiknya.

Suasana di perkarangan Jabatan Forensik HSB dipenuhi lebih 200 ahli keluarga dan sanak saudara yang menunggu sehingga jenazah enam beranak itu bergerak ke Jerlun.

Kesemua jenazah terbabit sudah selesai menjalani proses bedah siasat pada jam 6.30 petang tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Taqwa Taqwa, Jerlun untuk disembahyangkan dan dijangka dikebumikan.

Difahamkan, masjid berkenaan terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

Media sebelum ini melaporkan, enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, hari ini.

Kesemua mangsa terbabit dilaporkan hilang kira-kira jam 5.30 pagi Sabtu lalu selepas bermalam di rumah adik mangsa di Taman Seri Aman, Jitra pada malam Jumaat lalu.

Kesemua mereka disahkan sebagai Mohamad Azim Izat Ishak, 32, manakala isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi 31.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7 dan bayi lelaki, Tuah Haydar, 6 bulan.

Jenazah 6 sekeluarga dibawa pulang ke Jerlun untuk dikebumikan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker