Djokovic bangkit dari ketinggalan sebelum mara ke suku akhir
Djokovic bangkit dari ketinggalan sebelum mara ke suku akhir

London: Novak Djokovic terpaksa bekerja keras sebelum mara ke suku akhir Wimbledon buat kali ke-16 selepas menewaskan pilihan ke-11 dari Australia, Alex de Minaur, dalam aksi empat set di bawah pemerhatian legenda Roger Federer, awal pagi ini.
Biarpun bermula hambar dan kelihatan kurang bertenaga di Centre Court, juara tujuh kali itu bangkit mempamerkan taring sebenar untuk menoktahkan kemenangan 1-6, 6-4, 6-4, 6-4.
Kemenangan itu mengekalkan Djokovic di landasan untuk merangkul gelaran Grand Slam ke-25, yang bakal mencatatkan satu lagi rekod hebat dalam karier gemilangnya.
Jika berjaya menjulang kejuaraan Ahad ini, bintang Serbia berusia 38 tahun itu juga akan menyamai rekod Federer selaku juara perseorangan lelaki terbanyak di Wimbledon dengan lapan gelaran.
Djokovic dikejutkan apabila servisnya dipatahkan seawal permainan pertama, sebelum De Minaur merampas dua lagi break untuk memenangi set pertama dengan bergaya.
Set pembukaan menyaksikan Djokovic melakukan 16 kesilapan tidak sepatutnya termasuk empat kali kesalahan berganda sesuatu yang jarang dilakukannya.
Namun, seperti biasa, Djokovic kembali bangkit. Dia memulakan set kedua dengan break tetapi kemudian terkandas dalam satu permainan yang memakan masa hampir 19 minit, yang akhirnya dimenangi De Minaur selepas enam mata break.
Kedua-dua pemain saling berbalas asakan dalam pertarungan penuh taktikal, namun Djokovic menunjukkan keunggulan mental apabila menamatkan set kedua dengan sorakan penuh emosinya, selepas pukulan De Minaur tersasar.
Set ketiga berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain mengekalkan servis masing-masing, namun segalanya berubah pada permainan kesembilan apabila De Minaur memukul keluar pukulan penting yang memberikan Djokovic mencatatkan kemenangan di mata break.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
De Minaur cuba memberi tentangan terakhir pada set keempat, apabila mendahului 4-1, namun pengalaman Djokovic mengatasi segalanya apabila dia merampas lima permainan berturut-turut untuk menamatkan perlawanan.
Di suku akhir, Djokovic bakal menentang pilihan ke-22 dari Itali, Flavio Cobolli, dan berkemungkinan berdepan pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner di separuh akhir.
Djokovic bangkit dari ketinggalan sebelum mara ke suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.