Chelsea idam final kedua dalam tiga bulan, Fluminense intai kejutan

Chelsea idam final kedua dalam tiga bulan, Fluminense intai kejutan

Chelsea idam final kedua dalam tiga bulan, Fluminense intai kejutan
PEMAIN Chelsea gigih berlatih menjelang perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab menentang Fluminense, awal pagi esok. FOTO AFP

New Jersey: Chelsea akan cuba mara ke final utama kedua dalam tempoh tiga bulan apabila menentang Fluminense pada aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA di East Rutherford, awal pagi esok.

Pada 28 Mei lalu, The Blues bangkit untuk menewaskan Real Betis 4-1 pada perlawanan akhir Liga Konferensi UEFA.

Di peringkat domestik, mereka turut menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat keempat dan kembali layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan di bawah pengurus baharu, Enzo Maresca.

Selepas pencapaian itu, Chelsea kelihatan sebagai antara kelab Eropah yang lebih segar dalam kejohanan ini dan berjaya mara ke separuh akhir.

Ini mungkin hasil daripada kelebihan memiliki skuad muda apabila tiada seorang pun pemain mereka dalam kejohanan ini berusia lebih 27 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Anda boleh anggap ia kelebihan atau kelemahan, ia terpulang,” kata kata Maresca seperti dilaporkan Football London.

“Kami bermain satu musim bersama sebagai pasukan termuda dalam Liga Perdana dan berjaya menang perlawanan. Esok akan sama juga. Kami antara pasukan paling muda dalam kejohanan ini dan akan menentang pasukan paling tua.”

Walaupun Chelsea menjadi pilihan, pasukan dari Brazil menjadi tumpuan dalam kejohanan ini apabila keempat-empat wakil mereka mara ke pusingan kalah mati dan dua daripadanya ke suku akhir.

Fluminense akan menjadi pasukan Brazil ketiga yang ditentang Chelsea.

Chelsea menewaskan Palmeiras 2-1 dalam suku akhir hasil jaringan awal daripada Cole Palmer yang juga gol pertamanya bukan menerusi sepakan penalti sejak keputusan seri 2-2 menentang Bournemouth pada 14 Januari dan jaringan sendiri lewat permainan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Sebelum itu, Chelsea tewas 1-3 kepada Flamengo dalam peringkat kumpulan.

Sebaliknya, Fluminense hadir dengan prestasi lebih mantap berbanding dua pasukan Brazil sebelum ini apabila tanpa kalah dalam 11 perlawanan di semua kejohanan.

Walaupun Hercules menjadi penjaring terbanyak mereka dengan dua gol dalam kejohanan ini, kekuatan utama pasukan kendalian Renato Gaucho adalah pertahanan mereka yang hanya bolos lima kali sepanjang rekod tanpa kalah itu, diketuai penjaga gol berpengalaman berusia 44 tahun, Fabio.

“Dengan segala hormat kepada Chelsea, kami tidak mahu berhenti di sini,” kata Gaucho kepada FIFA.com.

“Kami akan berikan segala-galanya daripada segi mental, fizikal, teknikal, taktikal. Kami perlu curahkan sepenuhnya usaha kami.

“Ramai fikir kami tak mampu sampai ke tahap ini, tapi kini kami di separuh akhir.”

Fluminense sebelum ini tewas 0-4 kepada Manchester City dalam final Piala Dunia Kelab 2023, yang merupakan edisi terakhir dalam format kalah mati tahunan berskala kecil.

Chelsea pula pernah menjuarai kejohanan ini pada 2021, namun hanya sedikit pemain daripada skuad itu masih kekal bersama kelab.

Chelsea akan kehilangan penyerang, Liam Delap dan pertahanan, Levi Colwill akibat penggantungan kad kuning, manakala pemain pertahanan Fluminense, Juan Freytes dan pemain tengah Martinelli turut digantung satu perlawanan.

Chelsea idam final kedua dalam tiga bulan, Fluminense intai kejutan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker