Al Ahli minat sambar Messi
Al Ahli minat sambar Messi

Miami: Masa depan Lionel Messi bersama Inter Miami menjadi tanda tanya selepas kontrak semasanya bakal tamat pada penghujung tahun ini.
Meskipun Inter Miami dilaporkan memiliki klausa lanjutan kontrak selama 12 bulan yang boleh diaktifkan pada bila-bila masa, ketiadaan persetujuan rasmi membolehkan Messi berunding dengan mana-mana kelab luar Amerika Syarikat.
Berdasarkan laporan media antarabangsa, kelab Liga Pro Saudi, Al Ahli dilihat menunjukkan minat untuk menyambar pemain berusia 38 tahun itu.
Bagaimanapun, tiada butiran kewangan didedahkan setakat ini, namun Arab Saudi difahamkan bersedia melakukan apa sahaja untuk membawa Messi ke liga mereka.
Messi menyertai Inter Miami selepas meninggalkan Barcelona pada 2023 dan sebelum itu, dia turut pernah menerima tawaran dari Arab Saudi, namun memilih untuk ke Miami.
Dia menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bersama Inter Miami dan bakal berakhir pada Disember ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Dalam pada itu, pemilik bersama Inter Miami, Jorge Mas yakin Messi bakal kekal bersama kelab dengan berkata: “Kami berharap Messi menamatkan kariernya di sini.”
Namun dengan tindakan terbaharu Al Ahli, ia bakal menjadi sesuatu yang menarik untuk dilihat sama ada Messi akan memutuskan kekal di Miami ataupun mengambil cabaran baharu di Arab Saudi.
Sejak menyertai Inter Miami, Messi sudah meledak 33 gol dan membantu 22 jaringan dalam 39 perlawanan liga.
Al Ahli minat sambar Messi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.