Warga emas, anggota perubatan bomba sukarela diselamatkan dalam kebakaran
Warga emas, anggota perubatan bomba sukarela diselamatkan dalam kebakaran

GEORGE TOWN: Kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Lau Geok Swee, Air Itam di Pulau Pinang petang tadi menyebabkan dua mangsa terperangkap, termasuk seorang warga emas dan seorang petugas perubatan bomba sukarela.
kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7.20 malam itu memusnahkan hampir 70 peratus struktur rumah terbabit.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, John Sagun Francis, berkata kedua-dua mangsa masing-masing berusia 32 dan 89 tahun, berjaya diselamatkan beberapa minit selepas pasukan bomba dari Balai Bomba Paya Terubong dan Bayan Baru tiba di lokasi.
“Kedua-dua mangsa ditemui terperangkap di dalam premis ketika pasukan penyelamat tiba.
“Warga emas terbabit yang juga penghuni rumah, mengalami kecederaan ringan, manakala petugas perubatan bomba sukarela itu terperangkap ketika cuba melakukan usaha menyelamat awal sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Mangsa pertama dibawa keluar pada jam 7.41 malam diikuti mangsa kedua seminit kemudian,” katanya dalam kenyataan malam ini.
John berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.45 malam, selepas kerja memadamkan api selesai sepenuhnya pada jam 8.13 malam, disusuli operasi pengawasan bagi mengelakkan nyalaan semula.
Katanya, lokasi kejadian kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat kebakaran untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, dalam kejadian tidak diduga, seorang anggota bomba dari Balai Bomba Paya Terubong cedera akibat digigit anjing milik penghuni rumah terbabit ketika operasi menyelamat.
Mangsa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketika kejadian, anggota bomba berkenaan lengkap memakai pakaian perlindungan sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Warga emas, anggota perubatan bomba sukarela diselamatkan dalam kebakaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.