Singa kejar wanita, kanak-kanak di jalan sibuk

Singa kejar wanita, kanak-kanak di jalan sibuk

Singa kejar wanita, kanak-kanak di jalan sibuk
SEEKOR singa mengejar wanita dan dua kanak-kanak di Lahore. – Foto X

KARACHI – Seekor singa peliharaan yang melarikan diri mengejar seorang wanita dan dua kanak-kanak di sebatang jalan yang sibuk di Lahore, Pakistan, kata polis semalam.

Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan singa itu melompat tembok sebelum menerkam mereka.

Polis menyiarkan rakaman CCTV memaparkan singa itu melompat tembok di sekeliling rumahnya dan mengejar seorang wanita malam kelmarin.

Berdasarkan rakaman CCTV, haiwan itu melompat dari arah belakang sebelum menerkam mangsa.

Laporan polis turut memetik kenyataan bapa kepada dua kanak-kanak perempuan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Dia berkata, singa itu kemudian menoleh ke arah anak-anaknya yang berumur 5 dan 7 tahun dan mencakar lengan serta muka mereka.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital tetapi tidak berada dalam keadaan kritikal.

Pemilik haiwan meninggalkan rumah itu tetapi polis berkata, tiga lelaki telah ditangkap.

“Suspek melarikan diri dari tempat kejadian, membawa singa itu bersama mereka. Mereka telah ditangkap dalam tempoh 12 jam selepas kejadian,” kata pejabat Timbalan Ketua Operasi Am di Lahore. – AFP

Singa kejar wanita, kanak-kanak di jalan sibuk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker