Pesara jurutera meninggal selepas aktiviti menyelam di Tioman

Pesara jurutera meninggal selepas aktiviti menyelam di Tioman

Pesara jurutera meninggal selepas aktiviti menyelam di Tioman
Low Choon Foi ditemukan tidak sedarkan diri di tepi Pantai Kampung Kampung Paya, Pulau Tioman, Rompin, sebelum disahkan meninggal dunia. – Foto NSTP/ihsan POLIS

KUANTAN: Seorang pesara jurutera berusia 72 tahun meninggal dunia selepas melakukan aktiviti menyelam di Pantai Kampung Paya di Pulau Tioman, Rompin, awal malam tadi.

Lelaki berkenaan, Low Choon Foi dari Johor Bahru, Johor dikatakan turun untuk melakukan aktiviti menyelam bersama seorang rakan pada jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata pada 7.40 malam, rakannya menyedari mangsa berada di tepi pantai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Rakannya menyedari mulut mangsa dalam keadaan berbuih sebelum meminta bantuan pihak pengurusan sebuah resort untuk membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek.

“Pada jam 9.20 malam tadi, pegawai perubatan mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Beliau berkata, pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa mendapati tiada unsur perbuatan jenayah.

Katanya, hasil maklumat, mangsa bersama 14 rakan dari Singapura mendaftar masuk ke sebuah resort di kampung itu pada jam 10.30 pagi semalam dan dijangka pulang hari ini.

Pesara jurutera meninggal selepas aktiviti menyelam di Tioman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker