Lelaki nyaris jadi makanan ular di sungai

Lelaki nyaris jadi makanan ular di sungai

Lelaki nyaris jadi makanan ular di sungai
Tangkap layar menunjukkan seekor ular sawa cuba memakan seorang lelaki di sungai. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dia nyaris dibelit seekor ular sawa ketika melihat rakan-rakannya berenang di sebatang sungai, lapor portal berita Lambe Turah hari ini.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah memaparkan lelaki terbabit sedang duduk di tepi sungai sambil melihat rakan-rakannya berenang.

Situasi bertukar cemas apabila seekor ular tiba-tiba muncul dari celah pokok berhampiran dan menyerang mangsa.

Dia bagaimanapun terselamat selepas melarikan diri. Rakan-rakannya turut berlari ketakutan.

Masih belum jelas lokasi sebenar kejadian.

Rakaman itu mencatatkan lebih 15,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Beruntung masih selamat,” kata seorang netizen. – AGENSI

Lelaki nyaris jadi makanan ular di sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker