Ketua geng samun ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Sungai Petani
Ketua geng samun ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Sungai Petani
Sungai Petani: Penjenayah mempunyai lebih 30 rekod jenayah ditembak mati ketika berbalas tembak dengan polis di Bandar Puteri Jaya, di sini, semalam.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia 34 tahun itu dipercayai ditembak dalam operasi khas yang dilakukan di lokasi kejadian jam 7.50 petang.
Beliau berkata, polis percaya suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan dua suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk Kilometer 38 Lebuhraya Utara Selatan dari Bandar Darul Aman, Jitra, jam 8.05 pagi semalam.
Katanya operasi dilakukan oleh JSJ Bukit Aman dengan kerjasama pegawai dan anggota polis dari JSJ Kontinjen Kedah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Kita berusaha menjejaki suspek dan usaha menahannya dijalankan … berlaku halangan serta berbalas tembak sehingga menyebabkan penjenayah terbabit tumpas,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, tengah malam ini.
Fadil berkata, dalam kejadian ini, satu senjata api ditemui dan beberapa barang kes yang lain.
Beliau berkata, pihaknya percaya kumpulan ini aktif melakukan samun kedai emas sejak 2022 membabitkan kerugian lebih RM6 juta yang direkodkan.
“Malah kita percaya ada banyak lagi kejadian samun membabitkan kilang, premis perniagaan, kedai emas yang berada di negeri lain yang kita percaya ada hubungi kait dengan kejadian yang dilakukan kumpulan ini.
“Setakat ini kita kenal pasti kumpulan ini terbabit dalam belasan orang dan akan ada lagi beberapa tangkapan serta serbuan dalam masa terdekat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
“Suspek ini mempunyai lebih 30 rekod jenayah dan setakat risikan yang kita lakukan, suspek juga terbabit dalam tiga kes terbaru yang berlaku di Melaka pada Disember lalu dan di Nilai, Negeri Sembilan pada Mac lalu serta di Ipoh, Perak,” katanya.
Katanya, suspek antara yang mengetuai kumpulan dalam kejadian samun bersenjata api yang dinyatakan sebelum ini.
“Setakat ini siasatan masih diteruskan dan berharap kerjasama orang ramai untuk membantu polis.
“Apa yang kita tahu suspek dipercayai berasal dari Perak dan kesemua kejadian jenayah terancang seperti ini terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah dan gengsterisme, pemerasan dan perebutan kuasa,” katanya.
Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.