Jamal Musiala cedera ngeri, patah pergelangan kaki ketika menentang PSG
Jamal Musiala cedera ngeri, patah pergelangan kaki ketika menentang PSG

Atlanta: Aksi suku akhir Piala Kelab Dunia antara Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) bertukar tragedi apabila bintang muda Jerman, Jamal Musiala dilaporkan mengalami kecederaan ngeri dipercayai patah pergelangan kaki selepas bertembung dengan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.
Insiden mengejutkan itu berlaku pada lewat permainan apabila Jamal cuba melepasi kawalan benteng terakhir PSG sebelum dilanggar keras oleh Donnarumma, menyebabkan pemain berusia 22 tahun itu menjerit kesakitan dan rebah sambil memegang kaki kirinya.
Situasi menjadi lebih memilukan apabila beberapa pemain kedua-dua pasukan dilihat tidak sanggup melihat kecederaan itu, manakala Donnarumma sendiri kelihatan terkejut dan tergamam dengan apa yang berlaku.
Jamal yang baharu sahaja kembali daripada kecederaan otot musim lalu, sebelum ini dijangka menjadi tonggak utama skuad kendalian Vincent Kompany musim ini selepas kehilangan Leroy Sane yang berhijrah ke Galatasaray.
Dengan rekod 21 gol dan 8 bantuan jaringan musim lalu, kehilangan Jamal bakal menjadi tamparan hebat buat Bayern Munich yang sedang memburu kejayaan di pentas antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Lebih membimbangkan, Jamal baru saja memperbaharui kontraknya hingga 2030 dan insiden itu berlaku ketika dia dalam prestasi terbaiknya sejak kembali beraksi bulan lalu.
Pada masa ini, Bayern belum mengesahkan tahap kecederaan sebenar, namun sumber pasukan memberi bayangan bahawa Jamal mungkin terpaksa direhatkan panjang, sekali gus membuka kemungkinan kelab Jerman itu mencari pengganti segera dalam jendela perpindahan.
Jamal dibawa keluar menggunakan pengusung perubatan dan dihantar ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut, manakala penyokong Bayern di seluruh dunia kini menanti perkembangan terbaru dengan penuh debar.
Jamal Musiala cedera ngeri, patah pergelangan kaki ketika menentang PSG
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.