Dua remaja lelaki maut kereta rempuh pokok

Dua remaja lelaki maut kereta rempuh pokok

Dua remaja lelaki maut kereta rempuh pokok
Dua remaja maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh pokok di Miri, awal pagi tadi. – Foto Ihsan JBPM.

KUCHING: Dua remaja lelaki maut dalam kemalangan kendiri awal pagi tadi apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan, di Jalan Kuala Baram Bypass, Miri.

Mangsa, Roquell Brain Roland dan Slyvester Ribai Tuah, kedua-duanya berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.30 pagi.

Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan BBP Lutong digerakkan sejurus menerima panggilan dan tiba di lokasi kejadian yang terletak 13 kilometer dari balai pada jam 2.44 pagi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan sebuah kereta jenis Proton Saga lama didapati melanggar sebatang pokok.

“Dua remaja lelaki ditemui tersepit dan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba segera menjalankan kerja-kerja menyelamat dan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dua remaja lelaki maut kereta rempuh pokok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker