4 maut, 6 hilang bot karam di Pantai Belawai

4 maut, 6 hilang bot karam di Pantai Belawai

4 maut, 6 hilang bot karam di Pantai Belawai
Foto hiasan

KUCHING: Empat lemas, manakala enam lagi dilaporkan hilang apabila bot dinaiki mereka karam di Pantai Belawai, Bahagian Mukah, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata tujuh mangsa pula terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.11 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis dikerah ke lokasi yang terletak sejauh 22 kilometer.

“Setiba di lokasi pada jam 3.12 petang, komander operasi melaporkan sebuah bot gentian kaca yang membawa 17 penumpang telah karam di pantai.

“Mayat empat mangsa yang disahkan lemas kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Pasukan masih mengumpulkan maklumat semua mangsa daripada pemandu bot yang terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

Setakat ini, identiti mangsa lemas dan yang masih hilang belum diperoleh.

4 maut, 6 hilang bot karam di Pantai Belawai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker