24 pelajar terbunuh dalam tragedi kem musim panas
24 pelajar terbunuh dalam tragedi kem musim panas

WASHINGTON – Angka korban banjir kilat di negeri Texas termasuk bencana yang menenggelamkan sebuah kem musim panas meningkat kepada 24 orang, kata beberapa pegawai semalam.
Terdahulu, hampir 24 pelajar perempuan di kem tersebut hilang dan dipercayai terkorban selepas kabin-kabin mereka dihanyutkan air deras.
Kira-kira 20 kanak-kanak yang berada di Kem Mystic berhampiran Sungai Guadalupe di Hunt, pinggir bandar San Antonio, Texas, tidak dapat dikesan, kata Leftenan Gabenor Dan Patrick dalam satu sidang akhbar.
“Ini tidak bermakna mereka hilang. Mereka mungkin berpaut pada pokok. Mereka mungkin terputus komunikasi. Kami berdoa agar semua mangsa ditemui selamat,” kata Patrick.
Kem khusus untuk anak gadis dikosongkan dalam tempoh semalaman apabila kawasan itu dilanda hujan lebat tetapi ada sebilangan peserta yang tertinggal.
Beberapa kabin dilaporkan dihanyutkan air banjir, dengan jalan-jalan sekitarnya mengalami kerosakan.
Sebilangan kanak-kanak telah ditemui dan terkandas, namun kira-kira 23 daripada 750 peserta Kem Mystic masih belum dijumpai, demikian menurut Patrick.
Seramai 500 petugas penyelamat dan 18 helikopter dikerahkan untuk mencari mangsa di kawasan itu. Kerajaan negeri turut menghantar 40 helikopter, 12 dron dan sembilan pasukan penyelam dan penyelamat awal semalam.
“Saya mahu anda semua tahu bahawa kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mencari mereka. 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Kami akan mencari pada setiap pokok, membalikkan setiap batu, malah apa sahaja yang diperlukan untuk mencari anak perempuan anda,” kata Patrick lagi.
Kakitangan kem menghantar e-mel kepada keluarga memaklumkan mereka tentang tragedi itu dan bahawa kem itu terputus bekalan elektrik, air dan Wi-Fi.
“Jika anda belum dihubungi secara peribadi, maka anak perempuan anda telah ditemui,” kata e-mel mengerikan yang diperoleh saluran televisyen KSAT.
Kem Mystic ialah kem musim panas Kristian untuk kanak-kanak perempuan di Hunt antara umur 7 hingga 17 tahun. – AGENSI
24 pelajar terbunuh dalam tragedi kem musim panas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.