Siasatan projek MyKiosk menjurus aspek tatakelola – Azam

Siasatan projek MyKiosk menjurus aspek tatakelola – Azam

Siasatan projek MyKiosk menjurus aspek tatakelola - Azam
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada sidang media ketika hadir Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain di Pejabat SPRM, Kubang Kerian. – Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR.

KOTA BHARU: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek MyKiosk kini menjurus kepada aspek tatakelola.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, ini berikutan tidak ada elemen jenayah yang dikesan dalam projek itu.

“Siasatan kes itu lebih terarah kepada aspek tatakelola.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan setakat ini, tiada elemen jenayah yang dikesan. Pertikaian terhadap isu tender dan harga bagi projek MyKiosk seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak adalah tidak benar,” katanya pada sidang media selepas Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain.

Pada majlis itu, Rosli turut menyerahkan tugas kepada Azmin Yusuff yang dilantik sebagai Pengarah SPRM Kelantan yang baru.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Mengulas lanjut, Azam berkata, SPRM kini hanya fokus kepada siasat isu tatakelola dalam kes itu serta menasihatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya membuat penambahbaikan.

Beliau berkata, pihak KPKT juga memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.

KPKT sebelum ini dilapor menyerahkan dokumen kepada SPRM berkaitan projek MyKiosk yang mendapat perhatian pelbagai pihak kerana didakwa harganya yang mahal.

KPKT dalam kenyataan berkata, penyerahan dokumen secara sukarela itu sebagai tanda komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan serta integriti projek itu.

Projek MyKiosk 1.0 yang dilaksanakan KPKT mula dirancang pada awal Ogos 2022 dengan membabitkan sesi libat urus bagi mendapatkan idea dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Bagaimanapun, pelaksanaan fizikal projek itu hanya bermula pada Julai 2023 apabila KPKT meluluskan 3,189 unit MyKiosk kepada 113 pihak berkuasa tempatan (PBT), dengan peruntukan sebanyak RM49.14 juta daripada RM50 juta yang disediakan oleh Kerajaan Perpaduan.

MyKiosk diwujudkan bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat.

Siasatan projek MyKiosk menjurus aspek tatakelola – Azam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker