Premis perniagaan empat tingkat terbakar di Bentong
Premis perniagaan empat tingkat terbakar di Bentong

BENTONG: Tindakan pantas anggota bomba dapat menyelamatkan sebuah premis perniagaan musnah dalam kebakaran hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kebakaran dikesan bermula di tingkat tiga premis perniagaan terbabit.
Katanya, 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dan Karak dibantu lapan anggota bomba sukarela Perting bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kebakaran pada jam 3.05 petang.
“Sebaik tiba di lokasi, bomba membuat tindakan awal memecahkan cermin tingkap bagi memberi laluan pengudaraan kerana asap memenuhi ruangan yang terbakar,
“Operasi pemadaman di tingkat atas bangunan itu dilakukan dengan menggunakan ‘skylif’ Majlis Perbandaran Bentong,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Menurutnya, kebakaran dapat dikawal jam 6.05 petang dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.
Katanya, akibat kebakaran itu hampir keseluruhan tingkat tiga premis terbabit musnah manakala aras dua bangunan itu hanya lima peratus terbakar.
“Ketika ini, punca kebakaran sedang disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.” katanya
Premis perniagaan empat tingkat terbakar di Bentong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.