Penuntut wanita maut, motosikal terbabas di susur masuk R&R Perasing

Penuntut wanita maut, motosikal terbabas di susur masuk R&R Perasing

Penuntut wanita maut, motosikal terbabas di susur masuk R&R Perasing
Polis menutup jasad mangsa kemalangan di susur masuk ke Rehat dan Rawat (R&R) Perasing. Foto NSTP/ Ezzuan Ahmad.

KEMAMAN: Hajat dua penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pulang bercuti hujung minggu ke Kuala Lumpur, bertukar tragedi dengan salah seorang maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas dalam kejadian di susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Perasing kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku di susur masuk R&R Perasing, menghala ke Kuantan, membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR dipercayai terbabas sendiri.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ketika di selekoh masuk ke R&R Perasing, apabila motosikal yang ditunggang Siti Ain Balqis Hamdan, 23, hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.

“Mangsa tercampak ke sebelah kiri manakala pembonceng Nur Intan Syafiera Batrisya Hamzah, 22, terjatuh di atas jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke unit forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pembonceng yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, mangsa yang maut berasal dari Kampung Puah Lembah Jalan Sungai Batu Batu 3 ¾, Gombak, Kuala Lumpur, manakala rakannya dari Kampung Mantin Dalam, Negeri Sembilan.

Sementara itu, UMT dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) UMT akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 bagi khairat kematian, RM1,500 untuk pengurusan jenazah (van jenazah dan mandi jenazah) serta bantuan RM10,000 melalui Skim Perlindungan Pelajar kepada waris pelajar yang meninggal dunia.

Bagi pelajar yang mengalami kecederaan pula, pihak HEPA menyalurkan Bantuan Bingkas Kasih RM500, kos rawatan pelajar pula akan dibiayai melalui surat jaminan hospital UMT sebanyak RM2,500.

Penuntut wanita maut, motosikal terbabas di susur masuk R&R Perasing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker