Peluang Dortmund balas dendam
Peluang Dortmund balas dendam

New York: Borussia Dortmund masih terasa perit dibelasah Real Madrid 2-5 pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Oktober lalu tetapi kali ini mereka berpeluang membalas dendam apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan suku akhir Piala Dunia Kelab di Stadium MetLife, New Jersey, tengah malam esok.
Namun, ketua jurulatih Dortmund, Niko Kovac menyedari skuadnya berdepan cabaran getir susulan Los Blancos mempunyai rekod pertemuan yang lebih baik apabila meraih lapan kemenangan dalam 16 perlawanan berbanding tiga milik pasukan Jerman itu manakala baki lima perlawana berakhir keputusan seri.
Malah, beliau mengakui bahawa pasukannya bukan ‘pilihan utama’ dalam Piala Dunia Kelab.
“Real Madrid mempunyai pasukan hebat dengan ramai pemain individu yang cemerlang. Mereka bermain dengan gaya sangat vertikal dan pantas. Ini sebenarnya gaya permainan yang sama seperti dimainkan Xabi di Leverkusen,” katanya semalam.
Dalam pada itu, pertembungan dua beradik, Jude dan Jobe Bellingham di suku akhir tidak menjadi kenyataan.
Ia susulan Jobe yang mewakili Dortmund, digantung untuk aksi suku akhir berkenaan selepas digantung satu perlawanaan.
Jude membantu Real Madrid menewaskan Juventus 1-0 di Stadium Hard Rock Miami.
Beberapa jam kemudian, adiknya, Jobe membarisi skuad Dortmund yang menewaskan kelab Mexico, Monterrey 2-1.
Pemain 19 tahun itu bagaimanapun dilayangkan kad kuning di babak pertama yang menyebabkannya digantung untuk perlawanan seterusnya selepas turut mengutip kad kuning di peringkat kumpulan.
Menurut pengendali Dortmund, Niko Kovac, Jobe amat kecewa dengan penggantungannya kerana tidak dapat menentang pasukan abangnya.
Peluang Dortmund balas dendam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.