Pacuan empat roda terbakar, bertembung dengan lori
Pacuan empat roda terbakar, bertembung dengan lori

RAUB : Kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Ford Ranger musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 35.1, Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala ke Raub pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub tiba di lokasi pada jam 9.24 pagi.
Katanya, Komander Operasi, Azain Uzir memaklumkan bahawa kemalangan itu mengakibatkan kebakaran besar keseluruhan kenderaan terbabit.
“Seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS dari BBP Bentong sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.49 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya enam minit kemudian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Katanya, seramai 14 anggota dari BBP Raub dan BBP Bentong terbabit dalam operasi itu dengan bantuan tiga jentera termasuk sebuah FRT, sebuah LFRT dan satu unit EMRS.
“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Pacuan empat roda terbakar, bertembung dengan lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.