Lelaki maut kereta rempuh tiang elektrik

Lelaki maut kereta rempuh tiang elektrik

Lelaki maut kereta rempuh tiang elektrik
Keadaan kereta dipandu mangsa selepas merempuh tiang elektrik di KM2 Cherang Ruku-Telaga Papan, Pasir Puteh. – Foto ihsan pembaca

PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut apabila kereta dinaikinya merempuh tiang elektrik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 2 Jalan Cherang Ruku-Telaga Papan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta seorang diri dari arah Telaga Papan ke Cherang Ruku.

“Sejurus tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang elektrik,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Difahamkan, usaha mengeluarkan mangsa mengambil sedikit masa bagi membolehkan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan aliran elektrik tiada pada tempat kemalangan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Tragik Inspektor T Henry Dass di talian 016-5072413.

Lelaki maut kereta rempuh tiang elektrik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker