JBPM harum nama Malaysia di pentas WPFC 2025

JBPM harum nama Malaysia di pentas WPFC 2025

JBPM harum nama Malaysia di pentas WPFC 2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meraih pingat emas dan gangsa dalam acara dart pada kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2025.

Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meraih pingat emas dan gangsa dalam acara dart pada kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2025, di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.

JBPM berkata, pihaknya berjaya merangkul pingat emas dalam acara Men Doubles B Division yang berlangsung di gelanggang Birmingham-Jefferson Convention Complex.

Pasangan Men Doubles A Division pula mara ke peringkat separuh akhir dan menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen JBPM.

“Pencapaian ini sudah pastinya satu pencapaian cukup membanggakan di pentas dunia.

“Sehingga kini, barisan atlet JBPM berjaya merangkul empat pingat emas dan satu pingat gangsa di kejohanan berprestij WPFG 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Atlet yang berjaya merangkul pingat emas adalah Mamat Kilau Mohd Ismail dan Mohamad Hamaini Kamaludin. Pemenang pingat gangsa pula adalah Junarizal Jusoh dan Shaiful Anuar Wahab.

JBPM harum nama Malaysia di pentas WPFC 2025

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker