“Dulu Pinggang Saya 24 Inci, Sekarang 28 Inci”-Siti Nurhaliza [VIDEO]
“Dulu Pinggang Saya 24 Inci, Sekarang 28 Inci”-Siti Nurhaliza [VIDEO]
Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat.
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Saya Nak Turun Sikit Lagi,Macam Zaman Zaman Sebelum Kahwin Dulu”-Siti Nurhaliza
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 22 ribu, tanda suka sebanyak 348 dan sebanyak 25 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang memberitahu bahawa beliau kini sedang berusaha untuk menurunkan lagi berat badannya sehingga mendapat berat idamannya seperti semasa anak dara dahulu. Tokti juga memberitahu bahawa dahulu ukur lilit pingganya adalah 24 inci namun sekarang 28 inci.
@rosmadiothman Dulu anak dara 58 sekarang 60 58 tu the best… #masukberandafyp #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #foryou #trending #sitinurhaliza
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti kelihatan sangat cantik selepas berjaya menurunkan berat badannya dan tampak persis sewaktu zaman anak dara. Mereka juga mengatakan bahawa mereka terinspirasi dengan Tokti untuk menurunkan berat badan.
“Dulu Pinggang Saya 24 Inci, Sekarang 28 Inci”-Siti Nurhaliza [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.