‘Daripada ‘stalk’ dia baik saya pergi cari jodoh baharu’
‘Daripada ‘stalk’ dia baik saya pergi cari jodoh baharu’
SEPANG – Pelakon Along Cham mengakui kesal dengan tindakan isterinya, Afreena Suhaimi yang sering membuka ruang soal jawab dengan netizen dalam media sosial setiap kali menghadiri prosiding di mahkamah.
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42 berkata, tindakan tersebut tidak wajar dan sepatutnya dielakkan memandangkan kes mereka masih dalam perbicaraan.
“Saya dan peguam memang sangat marah, keluar saja dari mahkamah dia buat soal jawab dengan netizen. Itu memang tabiat dia.
“Bagi saya tak perlulah, kadang-kadang kita sendiri boleh nilai. Kebanyakan orang bagi sokongan moral buat saya, tiada pula nak soal jawab (dalam media sosial).
“Saya tak faham kenapa dia perlu buat begitu setiap kali prosiding mahkamah berakhir,” katanya kepada Kosmo! Online usai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Mengulas lanjut, Along menegaskan tidak pernah mengintip gerak-geri Afreena sebaliknya mendapat tahu pergerakan isterinya itu melalui orang sekeliling.
“Kalau bukan saya tengok, ramai orang keliling yang akan bagi. Meskipun dalam Sungai Buloh (penjara), saya tiada telefon tapi warden yang jaga di sana sampaikan.
“Alhamdulillah, Allah hantar ramai orang begini. Tak ada istilah saya sentiasa ‘stalk’, kawan-kawan dia sendiri menyesal ada kawan macam ini,” ujarnya.
Pada masa sama, Along ingin memberi tumpuan terhadap perniagaannya dan mencari pasangan baharu daripada mengambil tahu mengenai Afreena.
“Baik fokus bisnes daripada ‘stalk’ dia. Pergi cari jodoh baru, bunga bukan sekuntum.
“Buat apa merintih kepada orang yang dah merosakkan hati.
“Perkahwinan baru nak bina, semestinya nak mahligai besar tapi tak sangka sampai jadi begini,” jelasnya.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik Along dan Afreena.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Pada prosiding 1 Julai lalu, Along mendedahkan tiga sebab utama jatuhnya lafaz taklik terhadap Afreena pada Julai tahun lalu, termasuk tindakan wanita itu menghubungi bekas isterinya, Zila Saeron.
Dakwanya, perbuatan tersebut berlaku di kediamannya di Cyberjaya selepas amaran yang diberi tidak dipatuhi.
Terdahulu, Afreena mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan sejak dua bulan selepas bernikah dan pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai 2024.
Pasangan itu bernikah pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along dan Afreena. Masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.
Along sebelum pernah bercerai penyanyi Zila Saeron pada September 2016, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya. Manakala Afreena pula mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama. – KOSMO! ONLINE
‘Daripada ‘stalk’ dia baik saya pergi cari jodoh baharu’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.