Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah [VIDEO]
Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”
Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah [VIDEO]
Perkongsian penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat puteri sulungnya, Ana Nayla menerusi satu video yang dimuatnaik di media sosial, baru-baru ini.
Kongsi Ayda di TikTok, Ana Nayla kini sudah berusia tiga tahun telah berada dalam fasa mahu memilih pakaian sendiri. Malah, Ana dilihat turut menggayakan dres kembang berwarna merah jambu serta kaca mata ke sekolah biarpun tiada sebarang acara yang berlangsung di sekolahnya itu.
“Okay baby menang!-“Bukan ada event pun kat sekolah, kemain eh dia pilih baju.
Dah sampai fasa ‘Mama, saya tak suka yang ini, boleh saya pakai yang ini?’ Ah.”-kongsi Ayda di TikTok
@aydajebat Ok baby MENANG! Bukan ada event pun kat school kemain eh dia pilih baju. Dah sampai fasa ‘Mamaa, I don’t like this, can I wear this please?’ Ah. #prettylittlebaby #babygirl #fylpシ
“Lemah Lembutnya, Cara Buka Spek, Cara Buka Kasut…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat ‘diva’ Ana Nayla ke sekolah, malah ramai yang berseloroh menyifatkan Ana kelihatan lebih lemah lembut berbanding ibunya yang sangat ‘hyper’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
“Cara dia buka spec tu pun dah diva sangat 😭 .”
“Nayla tahu ke dia anak Ayda Jebat. Kemain gaya kalah mak dia 😂.”
“Lemah lembutnya 😍, cara buka spek, cara buka kasut, alahai nampak mahal sangat. MasyaAllah dia ni 🥰.”
“Diva tapi still nampak sopan hahaha comelnya 😭.”
“Beza betul dia dengan maknya 😂, suka tengok anak Ayda ni. Sopan, tertib orangnya.”
“Melawa kemain, kasut pun blink-blink. Ingat ada kelas menari tadi. Copy paste sape ni?.”
“MasyaAllah, cantiknya Nayla. Anak yang baik. Suka tengok Nayla. Semoga Ayda sekeluarga dilindungi Allah, murah rezeki, bahagia bersama keluarga tersayang.”
Sekadar info, Ayda Jebat mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan model, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali mateen.
“Lemah Lembutnya, Cara Buka Spek, Cara Buka Kasut…”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.