AC Mizal Bersuara Isu Hak Cipta Lagu [VIDEO]
“Konsert 4U2C Tetap Akan Diteruskan”
AC Mizal Bersuara Isu Hak Cipta Lagu [VIDEO]
![AC Mizal Bersuara Isu Hak Cipta Lagu [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/07/IMG_0014-1024x576-1.avif)
Konsert Tetap Akan Diteruskan
Tidak berdiam diri, Datuk AC Mizal serta ahli kumpulan 4U2C tampil memberi penjelasan dalam Sidang Media Tergempar yang diadakan pada Rabu di salah sebuah hotel di ibu kota, menjelaskan bahawa pihak mereka tidak pernah membelakangkan undang-undang muzik di Malaysia, malah telah mendapat permit daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) untuk mengadakan konsert.
“Acara ini telah mendapat permit. Konsert ini tetap akan diteruskan.
Menurut Akta Hak Cipta Malaysia melalui MACP, setiap lagu yang dipersembahkan dengan menggunakan muzik ‘live’, tidak perlu mendapat apa-apa persetujuan daripada pencipta lagu, kerana pihak pencipta lagu telah menyerahkan hak milik kepada MACP untuk diperdagangkan.”-kata AC Mizal di Sidang Media
Selain AC Mizal dan ahli kumpulan 4U2C, wakil penganjur konsert We 4U2C yang akan berlangsung pada 15 September ini , Juss Events Sdn Bhd iaitu Shasha Marican serta peguam yang mewakili mereka, Carlos Mak Chuen yang turut hadir di sidang media tersebut menyatakan bahawa pihak penganjur telah berjumpa dengan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) bagi mendapat nasihat mengenai isu yang dibangkitkan.
“Pihak pengurusan bersama wakil 4U2C telah berhubung dengan agensi-agensi wajib seperti MACP untuk mendapatkan penjelasan dan nasihat berhubung isu hak cipta lagu.
Kami bersyukur pertemuan tersebut berlangsung dengan baik dan panduan yang diberikan akan kami turuti pada konsert yang akan berlangsung nanti menepati undang-undang hak cipta lagu di Malaysia.”-ujar Shasha
AC Mizal Bersuara Isu Hak Cipta Lagu [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.