Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

“Mama Rindu Adik Yang Dulu” – Netizen Sebak Ingat Konflik Lalu

Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

“Mama rindu adik yang dulu.” Kata-kata yang ringkas tetapi penuh makna itu dititipkan pelakon dan usahawan Abby Abadi sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania, yang genap 20 tahun semalam.

Dalam coretan menyentuh hati di Instagram, Abby meluahkan perasaannya terhadap perubahan yang dilalui anak gadisnya itu, menyifatkan Marissa sebagai anak yang baik namun sukar dijangka dan penuh dengan teka-teki. Kata-kata itu memberi gambaran betapa Abby merindui sisi anaknya yang pernah menjadi ‘adik kecil’ satu ketika dahulu, sebelum dunia dewasa dan realiti hidup perlahan-lahan mengambil alih.

Abby, 47, turut menitipkan doa agar Marissa kekal kuat dan teguh di jalan Allah, menjaga solat, aurat dan pergaulan, selain mendoakan agar anaknya kaya dan berjaya di dunia serta akhirat. Sambutan hari lahir Marissa kali ini berlangsung dalam suasana sederhana tetapi bermakna, dengan Abby membuat kejutan menghadiahkan sebiji kek dan seutas gelang tangan emas sebagai simbol kasih seorang ibu. Dalam video yang dikongsi, jelas kelihatan suasana penuh emosi antara ibu dan anak yang sebelum ini dilanda konflik.

Ucapan Abby ini hadir dalam konteks hubungan mereka yang sebelum ini menjadi perhatian umum apabila berlaku pertelingkahan berikutan isu rumah tangga Marissa dan suaminya, Mohd Aslam. Pada April lalu, Abby secara terbuka meluahkan kekecewaannya terhadap Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua, sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

 

Dalam perkembangan mengejut, Marissa mengambil langkah mendamaikan hubungan dengan ibunya dengan hadir bertemu secara mengejut tindakan yang dilihat ramai sebagai langkah dewasa dan terpuji walaupun banyak cabaran yang melingkari pernikahannya.

Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

Marissa yang bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga telah menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat. Malah, perkahwinan itu juga berlaku tanpa persetujuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan, sekali gus menambahkan tekanan terhadap hubungan kekeluargaan yang sedia goyah.

Abby Abadi Dedah Marissa Di Bawah Umur Ketika Bersama Aslam, Akui Hampir Buat Laporan Polis

Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

 

Namun, video terbaharu dimuat naik Abby itu jelas menunjukkan kasih seorang ibu tidak pernah pudar. Rasa rindu dan doa yang dititipkan bukan hanya mewakili harapan, tetapi juga satu usaha untuk terus memperbaiki dan membina kembali apa yang pernah retak. Ramai netizen turut tersentuh menyaksikan momen tersebut, dan mendoakan agar hubungan dua beranak ini terus utuh dan diredai.

Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker