Pemandu treler maut, kenderaan terbalik selepas terbabas

Pemandu treler maut, kenderaan terbalik selepas terbabas

Pemandu treler maut, kenderaan terbalik selepas terbabas
Keadaan treler yang membawa muatan kayu yang terbabas sehingga terbalik di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu- Gua Musang dekat Bukit Sireh, petang tadi. Foto NSTP/Ihsan POLIS

KUALA KRAI: Pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Bukit Sireh, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, dalam kemalangan pada jam 3 petang itu membabitkan treler yang membawa muatan kayu.

Katanya, siasatan awal mendapati treler berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun yang beralamat di Padang Serai Kedah.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu treler berkenaan dari Kawasan Kilang Kayu Staponal, Batu Jong Kuala Krai menghala ke William Timber Kulim Kedah.

“Sebaik tiba di lokasi, dipercayai mangsa gagal mengawal treler yang dipandu dan telah melanggar penghadang jalan serta tiang lampu jalan lalu terbabas ke bahu jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Akibat daripada itu, mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan melalui cermin hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci akan dijalankan oleh pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amirul Izham Azlan di talian 09-9666222.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihatkan kepada semua pemandu supaya lebih berhati hati di jalan raya terutama pemandu kenderaan berat,” katanya.

Pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker