Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

“Satu Jentik Seribu Makna”

Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab
Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

Pelakon Natasha Hudson, 42, mengakui bahawa kematian sering menjadi peringatan buat dirinya untuk bermuhasabah dan berubah ke arah yang lebih baik. Kenyataan itu diberikan susulan penampilannya yang kembali berhijab dan menerima perhatian meluas di media sosial.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson berkata, keputusannya untuk berhijab semula bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya lahir daripada niat yang sudah lama terpendam.

Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

“Alhamdulillah, sebenarnya saya sudah lama memasang niat dalam lubuk hati ini untuk berubah. Tanda-tanda itu memang sudah ada, tapi saya tidak rancang dan ia berlaku dengan sendirinya tanpa paksaan,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon filem Chermin itu turut berkongsi bahawa saat-saat berdoa pada Hari Arafah dan hari lahir anaknya, Kaia, pada 6 Jun lalu menjadi detik penting dalam proses perubahan dirinya. Dia juga meminta sokongan doa daripada anak-anak serta kawan baik kerana menganggap sistem sokongan amat penting dalam fasa penghijrahan.

Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

 

Natasha turut menjelaskan bahawa orang sekeliling banyak memainkan peranan dalam membantunya bermuhasabah sebagai seorang hamba Allah SWT.

“Kalau kita tidak ‘audit’ diri, tak mungkin hati akan terbuka juga. Tapi kita hanya mampu berdoa untuk merendahkan diri, berserah, memaafkan orang dan diampunkan Allah. Bila Allah gerakkan hati kita hanya dengan satu jentik, tapi seribu makna,” katanya.

Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

Sebelum ini, penampilan Natasha tanpa hijab ketika berada di Cherating, Pahang pada 2022 pernah mengundang perhatian netizen. Namun begitu, pada 2016, Natasha juga pernah tampil berniqab dan mendapat pujian ramai.

Kini, perkongsiannya yang kembali berhijab sekali lagi mencetuskan respon positif di kalangan netizen yang menyokong langkah penghijrahannya.

 

Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker