MFL tambah baik sistem VAR menjelang musim baharu Liga M

MFL tambah baik sistem VAR menjelang musim baharu Liga M

MFL tambah baik sistem VAR menjelang musim baharu Liga M
PEMANGKU CEO MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi jaminan akan menambah baik sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi kegunaan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026 selepas beberapa insiden kontroversi ketika pelaksanaannya, musim lalu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, dua taklimat khas berhubung penambahbaikan sistem itu telah dijalankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama wakil Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Beliau berkata, ia sebagai langkah mempertingkatkan mutu pengadilan menjelang musim baharu.

“Penambahbaikan buat masa ini belum lagi, tapi kita ambil maklum kerana tahun lalu adalah kali pertama VAR dilaksanakan.

“Jadi perkara yang kita sudah kenal pasti pada tahun lalu kita tambah baik bagi tahun akan datang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, prestasi pengadil serta pengendalian VAR dinilai sebagai cemerlang dengan purata 0.57 ‘On-field Review’ (OFR) setiap perlawanan dan purata 2.27 minit masa tambahan digunakan untuk semakan VAR.

Bagaimanapun, beberapa kesilapan mencetuskan kritikan antaranya apabila pengadil, Razlan Joffri Ali dan seorang pegawai VAR digantung dua perlawanan selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mohd Shazli berkata, MFL kini berada di landasan tepat bagi memastikan Liga-M musim 2025/2026 berjalan lancar, selain bebas daripada isu kelewatan penjadualan seperti yang berlaku pada musim lalu.

Justeru, beliau berkata jadual penuh Liga-M musim baharu itu akan diumumkan selepas beberapa elemen penting seperti undian Shopee Cup dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dimuktamadkan.

MFL tambah baik sistem VAR menjelang musim baharu Liga M

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker