Ajai Ditempelak AC Mizal

Didakwa Cuba Tutup Rezeki 4U2C Gara-Gara Isu Konsert

Ajai Ditempelak AC Mizal

Ajai Ditempelak AC Mizal

Komposer dan pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, tampil menjelaskan kenyataan kontroversi yang dikaitkan dengannya berhubung konsert WE 4U2C Live in Concert yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Ajai Ditempelak AC Mizal

 

Menerusi satu kenyataan di Instagram, Ajai memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa atau tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkannya ketika sidang media serta pelancaran single klasik Alasanmu baru-baru ini. Menurutnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan menghalang mana-mana pihak untuk terus berkarya.

“Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya, dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah. Terima kasih,” katanya ringkas.

Ajai Ditempelak AC Mizal

 

Penjelasan itu hadir susulan kenyataan balas daripada Datuk AC Mizal pada Sidang Media Tergempar Berkenaan Isu Hak Cipta Lagu anjuran kumpulan 4U2C dan penganjur Juss Event. AC Mizal dilaporkan menempelak Ajai kerana didakwa mencampuri urusan mereka serta menuduh komposer itu cuba menutup periuk nasi orang lain.

Ajai Ditempelak AC Mizal

Menurut AC, Ajai tidak sepatutnya membuat kenyataan seolah-olah 4U2C tidak boleh mengadakan konsert, malah mendakwa Ajai tidak memahami aspek perundangan muzik seperti yang digariskan dalam Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Ajai Ditempelak AC Mizal

 

Sebelum ini, Ajai menjelaskan bahawa kenyataannya dibuat bukan untuk menyokong atau menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya menjawab soalan media dan berkongsi fakta berkaitan hak cipta dengan niat mendidik.

 

Ajai Ditempelak AC Mizal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker