Trak pikap meluru rempuh balai polis
Trak pikap meluru rempuh balai polis

BANGKOK – Seorang lelaki didenda sebanyak 2,000 baht (RM260) selepas trak pikap dipandunya terbabas sehingga merempuh pintu masuk sebuah balai polis di Bangkok, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 11 malam (waktu tempatan) semalam, lelaki dikenali sebagai Apichai, 36, memandu sebuah Mitsubishi Triton apabila dia merempuh Balai Polis Yannawa di Silom.
Menurut Apichai, semasa dia membelok ke arah Jalan Surasak di sebelah balai polis, dia tersilap menekan pedal minyak, menyebabkan kenderaan itu merempuh pintu pagar balai.
Ia menyebabkan sebahagian pintu kaca balai polis itu pecah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Hasil pemeriksaan turut mendapati lelaki itu bebas daripada pengaruh dadah atau alkohol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Dia bagaimanapun didenda sebanyak 6,000 baht kerana memandu secara berbahaya dan merosakkan harta benda kerajaan. – AGENSI
Trak pikap meluru rempuh balai polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.