Remaja maut, dua motosikal bergesel

Remaja maut, dua motosikal bergesel

Remaja maut, dua motosikal bergesel
Seorang remaja maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal ditunggang anggota tentera di SPDH. – Foto ihsan polis

PORT DICKSON: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal ditunggang anggota tentera dalam nahas di Kilometer 23.6 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 7.45 pagi membabitkan dua motosikal.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan seorang lagi penunggang motosikal lelaki yang juga anggota tentera berusia 32 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua penunggang itu bergerak dari arah Seremban ke Port Dickson dan sejurus tiba di lokasi kejadian, penunggang remaja berkenaan cuba memotong motosikal jenis SYM dinaiki anggota tentera terbabit menyebabkan kedua-dua kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan.

“Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syed Mohamad Naim di talian di 014-5030810,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syed Mohamad Naim di talian di 014-5030810,” katanya.

Remaja maut, dua motosikal bergesel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker