Mayat ibu, anak reput ditemui dalam rumah
Mayat ibu, anak reput ditemui dalam rumah

GEORGETOWN: Mayat seorang wanita bersama anak perempuannya ditemui di rumah tingkat sembilan sebuah apartment di Jalan Bukit Gambir di sini.
Difahamkan, panggilan diterima pihak polis berhubung kejadian itu pada jam 4.41 petang sebelum pasukan berkenaan meminta bantuan anggota bomba untuk membuka pintu kediaman terbabit kerana berkunci dari dalam.
Mayat wanita tempatan berusia 40 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu ditemui di dalam bilik utama unit terbabit.
Pihak polis turut menemui beberapa jenis ubat dipercayai digunakan bagi merawat individu yang mengalami tekanan perasaan di dalam rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad mengesahkan menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu selepas terhidu bau busuk disyaki dari rumah berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui mayat wanita dan kanak-kanak perempuan di bilik utama dalam keadaan reput.
“Berdasarkan dokumen pengenalan si mati mendapati kedua-duanya berusia 40 dan dua tahun serta dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak.
“Mayat kedua-dua beranak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor berkata, kakaknya tinggal bersama anak di rumah itu selepas bercerai dan dikatakan tidak bekerja.
“Kali terakhir saya jumpa kakak pada hujung Mei lalu,” katanya ketika ditemui.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Sementara itu, jiran mangsa yang tinggal di tingkat sama berkata, dia menyangka wanita itu sudah berpindah kerana tidak dengar sebarang bunyi atau bau dari rumah berkenaan.
“Dia mengaku rumah itu bakal dilelong dan mahu berpindah ke Seberang Perai dan selepas itu kami sudah tidak nampak dia,” katanya.
Mayat ibu, anak reput ditemui dalam rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.