Warga emas hilang di hutan ketika kutip durian
Warga emas hilang di hutan ketika kutip durian

BAYAN LEPAS: Lelaki warga emas dilaporkan hilang ketika sedang mencari buah di kebun durian di Sungai Ara di sini, hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai Daud, 65 membabitkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan PDRM.
Tugasan penyelamatan membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru.
“Maklumat awal yang diterima mendapati mangsa dikenali sebagai Daud, yang berusia 65 tahun, dilaporkan hilang ketika mencari buah dan berkebun di kawasan berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
“Operasi pencarian dijalankan bersama anggota polis dan APM di kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Namun begitu, John berkata sehingga jam 8 malam, mangsa masih gagal ditemukan.
Katanya, selepas perbincangan bersama dilakukan dengan agensi terbabit, operasi pencarian ditangguhkan dan dijadualkan bersambung semula pada 8 pagi esok.
“Namun, pihak polis meneruskan usaha pencarian menerusj maklumat tambahan yang diperoleh daripada keluarga mangsa.
“Orang awam yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat mangsa diminta segera berhubung dengam pihak berkuasa bagi membantu pencarian,” katanya lagi.
Difahamkan, pasukan penyelamat berdepan kesukaran semasa operasi berikutan kawasan dusun durian berkenaan yang agak curam.
Warga emas hilang di hutan ketika kutip durian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.