Tawaran tender tak wujud: Peniaga rugi hampir RM1 juta
Tawaran tender tak wujud: Peniaga rugi hampir RM1 juta
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM932,300 akibat ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata terdahulu mangsa berusia 52 tahun menerima pesanan WhatsApp pada 28 Mei lalu daripada seorang lelaki mendakwa sebagai wakil sebuah kolej di daerah Kemaman.
Beliau berkata, suspek menawarkan tender tertutup kepada mangsa bagi membekal dan menghantar alat jana kuasa jenis mudah alih.
“Mangsa kemudian membuat bayaran deposit ke dalam dua akaun bank berbeza berjumlah RM932,300 menggunakan wang syarikat dan simpanan sendiri.
“Bagaimanapun, setelah membuat semakan dengan pihak kolej, mangsa mendapati tiada tawaran tender dibuka sebagaimana didakwa suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Susulan itu, Azli berkata, mangsa membuat laporan polis pada jam 11.53 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tawaran tender tak wujud: Peniaga rugi hampir RM1 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.