Ronaldo tak minat beraksi di Piala Dunia Kelab, pilih untuk berehat
Ronaldo tak minat beraksi di Piala Dunia Kelab, pilih untuk berehat

London: Cristiano Ronaldo memilih untuk berehat daripada beraksi di saingan Piala Dunia Kelab, kata pemain antarabangsa Portugal itu selepas memperbaharui kontraknya dengan Al-Nassr.
Terdahulu, kelab Liga Pro Saudi itu mengumumkan Ronaldo sah sudah menandatangani kontrak dua tahun yang menyaksikan dia akan terus kekal bersama Al-Nassr.
Sebelum ini pelbagai spekulasi timbul termasuk menyenaraikan Al-Nassr beraksi di Piala Dunia Kelab itu bagi membolehkan Ronaldo beraksi meskipun kelab Arab Saudi itu tidak layak.
“Saya mempunyai beberapa tawaran untuk bermain di Piala Dunia tetapi saya fikir ia tidak masuk akal kerana saya lebih suka berehat dengan baik, persiapan yang baik kerana musim ini akan menjadi sangat lama kerana ia adalah musim Piala Dunia pada penghujung tahun,” kata Ronaldo dalam video yang disiarkan oleh Al-Nassr di X.
“Saya mahu bersedia bukan sahaja untuk Al-Nassr tetapi juga untuk pasukan kebangsaan. Jadi, inilah sebabnya saya memutuskan untuk bermain perlawanan terakhir untuk Liga Negara-Negara dan tidak di Piala Dunia Kelab. Sudah tentu saya suka untuk kekal di kelab ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Ronaldo meledak gol buat Portugal dalam perlawanan final Liga Negara-Negara menentang Sepanyol awal bulan ini yang berakhir 2-2 sebelum pasukannya menewaskan juara Eropah itu menerusi sepakan penalti.
Ketua pasukan Portugal itu berkata, matlamatnya untuk kekal di Al-Nassr adalah untuk memenangi trofi utama bersama pasukan yang berpangkalan di Riyadh itu.
“Matlamat saya, sentiasa untuk memenangi sesuatu yang penting untuk Al-Nassr. Dan sudah tentu saya masih mempercayainya.
“Inilah sebabnya saya memperbaharui dua tahun lagi kontrak kerana saya percaya saya akan menjadi juara di Arab Saudi,” katanya.
Ronaldo yang menyertai Al-Nassr pada 2022 selepas meninggalkan Manchester United sebagai ejen bebas, sudah menjaringkan 93 gol dalam 105 penampilan untuk kelab itu dalam semua pertandingan.
Ronaldo juga mengintai pencapaian 1,000 gol dalam kariernya. Dia ketika ini sudah menjaringkan 794 gol bersama kelab dan 138 untuk Portugal, menjadikan jumlahnya 932 gol secara keseluruhan.
Ronaldo tak minat beraksi di Piala Dunia Kelab, pilih untuk berehat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.