Remaja 16 tahun maut kereta rempuh lori diletak tepi jalan

Remaja 16 tahun maut kereta rempuh lori diletak tepi jalan

Remaja 16 tahun maut kereta rempuh lori diletak tepi jalan
Seorang remaja lelaki maut apabila sebuah Proton Saga merempuh belakang sebuah lori diparkir di bahu jalan, awal pagi tadi. FOTO JBPM Selangor

HULU LANGAT: Seorang remaja 16 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Hulu Langat Kampung, Sungai Semungkis, di sini awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jam 2.32 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikerah ke lokasi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata sebaik tiba di lokasi jam 2.48 pagi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan kereta Proton Saga merempuh belakang sebuah lori 5 tan jenis Hicom yang diparkir di bahu jalan.

“Pemandu kereta lelaki tempatan berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan orang awam, manakala penumpangnya remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan, manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Remaja 16 tahun maut kereta rempuh lori diletak tepi jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker