Perhimpunan di KL: Anggota polis cedera dalam pergelutan selepas peserta bakar suar
Perhimpunan di KL: Anggota polis cedera dalam pergelutan selepas peserta bakar suar

KUALA LUMPUR: Seorang nggota polis cedera selepas terbabit dalam pergelutan ketika cuba mengawal situasi dalam Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 di ibu kota, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata ia berlaku ketika tindakan pencegahan diambil ke atas peserta perhimpunan kira-kira jam 4.30 petang.
Katanya, ia susulan daripada insiden seorang peserta membakar suar hingga menyebabkan kepulan asap tebal yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan peserta, petugas keselamatan dan orang awam berdekatan.
“Pihak polis mengambil tindakan pencegahan untuk memastikan asap dari suar itu tidak merebak.
“Semasa tindakan pencegahan diambil berlaku sedikit pergelutan antara peserta perhimpunan dan petugas Op Aman sehingga menyebabkan kecederaan ringan kepada seorang anggota polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Pergelutan itu berjaya dileraikan oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Sulizmie berkata Himpunan Rakyat Benci Rasuah mengadakan himpunan itu bermula jam 3.05 petang hingga 6.40 petang membabitkan seramai 100 orang terdiri daripada gabungan mahasiswa.
Katanya, perhimpunan ini bermula dari Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka, Jalan Raja.
“Terdapat tiga laporan polis dibuat. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 14 akta yang sama,” katanya.
Sulizmie menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Katanya, sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Perhimpunan di KL: Anggota polis cedera dalam pergelutan selepas peserta bakar suar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.